Menggambar
DEFINISI MENGGAMBAR
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej
yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang
dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan
untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambaran huruf yang
diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam
bentuk 2 dimensi. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek.(Lebih
lanjut)
ALAT,MEDIA DAN TEKNIK
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.
TUJUAN MENGGAMBAR
• Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis
dan membuat gambar
• Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
• Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
• Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari
• Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar.
• Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
• Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan
• Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan
perasaan gembira
• Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
• Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual
• Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna
• Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan
• Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif
LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.
(b) Alat, Media dan Bahan
- Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
- Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
- Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
- Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
- Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
- Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan
lembut
- Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
- Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
- Marker pelukisan (rendering marker)
- Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

Contoh Lukisan
1. Lukisan menggunakan pensil
2. Lukisan menggunakan pensil warna
3. Lukisan menggunakan krayon
CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. (Wikepedia)
Jenis Warna
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik
4. Cat Minyak
5. Cat Tempera
6. Cat Gouache
7. Fresko - Kapur plaster

PROSES CATAN CAT AIR
1. Penyediaan Kertas Cat Air
Regangkan kertas cat air dengan merendam kertas ke dalam air dan
lekatkan pada papan alas (drawing board) dan lekatkan dengan pita pelekat kertas (paper
tape)
2. Penetapan Tajuk Catan
Pemilihan bahan kajian catan sama ada dari alam benda atau alam
semulajadi
3. Membuat Lakaran
Menghasilkan lakaran atau lukisan dengan ringkas atau sekiranya
perlu. Elakkan daripada memadam kerana permukaan kertas akan rosak jika
dipadam.
4. Proses Mewarna
Memulakan dengan mewarna dengan lapisan warna yang nipis dan
ditindih berperingkat dengan ton yang semakin gelap. Bahagian yang cerah atau
pantulan cahaya tidak perlu diwarnakan. Gunakan teknik-teknik catan cat air
yang perlu bagai kawasan-kawasan tertentu. contohnya jika melukis awan, langit
atau laut, teknik basah atas basah sesuai digunakan dengan berus yang bersaiz
besar atau span.
5. Kemasan dan Persembahan
Catan yang telah siap dibiarkan kering dalam keadaan rata. Catan
perlu dibingkaikan agar kelihatan menarik dan elakkan terdedah pada pancaran
matahari.( Untuk maklumat lanjut dantontonan video--> Klik Sini)
CIRI-CIRI CATAN CAT AIR
- Bersifat lutsinar
- Boleh menimbulkan kesan legap jika disapu beberapa kali
- Membolehkan kerja-kerja dilakukan dengan spontan.
TEKNIK CAT AIR
- basah atas kering
- basah atas basah
- kering atas kering
- kering atas basah
Teknik Basah Atas Kering
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Cara
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang
kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat
dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan
berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan.
Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.
Teknik Basah Atas Basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.

Campuran warna
Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.

Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air
atau warna yang cair. Warna disapukan apabila
permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada
memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan
kesan kering berlegap.
Teknik berus kering (kering atas kering)
Ciri-ciri
Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh.
Cara
Gunakan berus yang kering untuk mengambil
warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu
di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi
satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang
halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan
tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke
atas lapisan warna yang telah kering.
Teknik kering atas basah
Ciri-ciri
Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan.

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.
Cara
Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

CAT MINYAK
Cat minyak merupakan sejenis pewarna yang lambat kering yang
mengandungi sejumlah kecil partikel pigment terapung dalam pelarut ringan
selain daripada air. Cat minyak telah digunakan di England seawal abad ke 13
bagi hiasan mudah, tetapi tidak digunak pakai secara meluas bagi tujuan
artistik sehingga abad ke 15. Kegunaan moden paling meluas bagi cat minyak
adalah kegunaan harian, di mana ciri-ciri tahan lasak dan warna terang
menjadikannya digemari bagi kegunaan dalaman dan luaran.(Klik sini untuk maklumat lanjut dan video proses)
Sifat cat minyak
- Pewarna cat minyak menggunakan bahantaranya turpentine.
- Ia menggunakan linsid oil( minyak biji rami) sebagai pengilat
dalam lukisan.
- Dalam cat minyak ia boleh membuat berbagai kesan, tetapi
sesuai untuk kesan tegap
- Cat minyak ini juga lambat untuk kering
- Menggunakan kain kanvas untuk mencatan
- Berus jenis keras atau pisau palit
TEKNIK-TEKNIK CAT MINYAK
Teknik Titik (Pointilistic)
Titikan warna dikenakan pada permukaan untuk membentuk tindanan
titik-titik warna. Jika dilihat dari jarak yang jauh, titik-titik warna akan
bergabung dan menghasilkan warna baharu. Kesan ini terhasil daripada campuran
warna secara optikal.
Teknik Glazing
Teknik ini menunjukkan kesan seolah-olah kilauan berkaca yang
lut sinar. Teknik ini memberikan kesan warna pada catan dengan cara menindih
lapisan warna gelap yang lut sinar ke atas warna yang lebih cerah yang telah
kering.
Teknik Scambling
Dalam teknik ini, warna disapu secara opaque ke atas lapisan
yang sebelumnya yang mana boleh disapu secara rata, lut sinar, atau impasto.
Ciri penting dalam teknik ini dapat dilihat mampu ditonjolkan melalui cara yang
berbeza. Teknik Scumbling boleh diperoleh dengan cara menyapu warna terang atas
permukaan gelap atau gelap atas permukaan terang. Ia boleh dilapiskan dengan
menggunakan berus atau tompokan dengan kain buruk atau jari. Ia menggunakan
berus yang terkawal, menggunakan lapisan warna.
Teknik Alla Prima ( Direct painting)
Teknik ini merujuk cara di mana artis perlu mewarna secara tepat
dan spontan dengan sapuan warna terus dari tiub. Teknik ini sesuai untuk artis
yang menghasilkan catan di luar bangunan kerana tekniknya terus dan spontan.
Setiap palitan warna perlu tepat kerana dalam teknik ini, taida lapisan kedua.
Teknik Impasto
Teknik ini mengaplikasikan penggunaan warna tebal dan banyak
yang mana ia kontra dengan teknik glazing atau teknik scumbling. Warna yang
tebal mengekalkan kesan sapuan berus atau palitan pisau palet (palette knife).
Teknik impasto sering digunakan dalam catan alla prima apabila cat yang sapuan
tebal dan sapuan berus yang cepat membenarkan catan itu disiapkan dengan cepat.
Teknik Hard Edge
Ia merupakan teknik yang menggunakan ‘masking tape’ untuk
memisahkan warna yang mana hasilnya menampakkan catan seperti dipotong-potong.
Contoh Karya Cat Minyak
KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj
perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

1. Kolaj dari kertas warna
2. Kolaj dari labuci
3. Kolaj dari daun-daun kering
MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.
Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.

Contoh karya
1. Montaj perkahwinan
2. Montaj wanita
CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat

Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.( Maklumat lanjut mengenai cetakan)
(a) Cetakan Timbulan (Relief)
• Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau
warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu
atau lino.
• Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di
permukaan kertas.
• Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Lino
(c) Cetakan Kolograf
(d) Cetakan Kolaj
Contoh arca timbul (relief)
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang
direnggangkan di atas pemidang kayu.
• Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi.
• Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis
cetakan ini iaitu:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan
air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan
seakanakan
lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
Contoh arca Lithografi
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
• Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan,
dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula
dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej.
• Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada
plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.
Contoh cetakan jenis ini ialah:
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
Contoh cetakan benam
(e) Cetakan Gurisan Asid
• Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16
selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan
logam.
• Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah
antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan
sebahagian daripada karya utama mereka.
• Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang
telah disapu dengan sejenis bahan yang kalis asid.
• Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam.
• Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.
(f) Cetakan Kayu
• Kaedah yang paling awal digunakan.
• Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.
• Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan
untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan
pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.
• Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi.
Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu
bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan
Eropah.
• Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.
• Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.
• Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya
cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan
lino menggunakan lino kesannya yang licin.
• Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri
yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat
suka menggunakan teknik ini.
Contoh cetakan kayu
(g) Cetakan Lino
• Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah
cetakan timbul.
• Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat
pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok
kayu.
Contoh cetakan lino
(h) Cetakan Lithografi
• Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder.
• Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang
penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de
Toulouse-Leutrec.
• Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi.
• Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok
persembahan imej.
• Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan
air.
• Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan
seakan akan lukisan pensil.
• Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.
(i) Cetakan Sutera Saring
• Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat
memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini.
• Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi.
• Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan
pada pemidang.
• Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker
atau skrin foto.
• Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk
menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas.
• Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem leker
(c) Kaedah Lilin
(d) Kaedah Sutera Saring
(j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua
Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan
sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa
mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang
hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat
atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat
perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat
pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang
banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan
dakwat atau warna terkeluar.
(k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker
Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka
belakang filem leker.
Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak
didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai
dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang
dipotong ialah bahagian yang berlilin.
Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi
dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang
telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik
yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan
melekat pada pemidang, sementara kertas biasa
GOSOKAN
Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.
Teknik gosokan
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas

RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertas
Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

PERCIKAN
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.

MOZEK
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

CAPAN
Ia boleh digolongkan dalam kategori cetakan
Ia menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan.
Ia boleh menggunakan berbagai jenis bahan seperti sayuran, cengkerang. Namun jalinan yang wujud mestilah secara semulajadi yakni tidak dibentuk menjadi jalinan tersebut. (Contoh jalinan bunga daripada kentang ialah cetakan bukan capan)

1. Capan tumbuh-tumbuhan
2. Capan putik kapas
GURISAN
Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris
keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Cara melakukannya, permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas.(Lapisan pertama menggunakan warna yang pelbagai. Lapisan kedua menggunakan warna yang gelap atau hitam) Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil.

Kesan yang berlainan terhasil apabila menggunakan bahan yang
berlainan.
Contoh karya
Contoh karya
STENSILAN
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat
stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat
stensil tersebut.
Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas
kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan
diserap oleh kertas.
Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar
rupa bentuk yang dihasilkan
Contoh karya
RUMUSAN
• Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.
• Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
• Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid
• Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid.
• Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang.
• Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai.
• Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
• Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian.
• Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.
salam pn..memang seni itu indah ..sukar dihuraikan..seronok melihat para pelajar dapat menghasilkan lukisan...terima kasih kerana dapat berkongsi ilmu..
ReplyDeleteada tak gambar rekaan alam laut yang digunakan polistrengam uhu dan cengkerang ...kalau ada sila hantar ke email ini ye...izzianhumaira@gmail.com
ReplyDeleteterima kasih atas post saudari.. sangat membantu dalam pengajaran saya dalam kelas.
ReplyDeleteTerima kasih atas blog saudari ini..byk info ttg seni..mmg SENI itu INDAH..dan saya mohon share bahan2 ya puan.
ReplyDeleteApa definisi video montaj..?
ReplyDeleteTerima kasih banyak atas perkongsian yg cukup bermanfaat bagi pelajar seperti saya. Namun saya amay berharap agar tulisan berwarna merah jambu ini boleh ditukarkan ke warna yg lebih sesuai kerana agak sukar untuk membaca dengan latar belakang warna turqoise ini. Sekali lagi, terima kasih cikgu 😊

ReplyDelete